1 Feb 2012

Peniaga Kerdil..Di Bumi Ilahi

1. Salam Semua.. Mungkin anda tertanya kenapa tajuk blog ini adalah peniaga-kerdilkan..

2. Yup.. bagi saya inilah tapak pertama yang munkin menjadikan peniaga kerdil ini suatu hari nanti menjadi peniaga besar.. hahaha... angan-angan betul.





3. Rezeki yang tuhan kurnia ini luas...
cuma mungkin belum masanya si kerdil ini menikmati kesenangan seperti orang lain. Bak kata orang, macam mana teruk kita berusaha, berdoa dan bertawakal sekiranya Yang Esa itu belum lagi ingin makbulkan maka ia tidak akan berhasil. Mungkin belum masanya untuk si kerdil ini menerima... yang penting kita hendaklah tabah menghadapi dugaan mendatang ini.

4. Inilah cerita saya... jatuh dan bangun di dalam perniagaan.. dari sebesar-besar perniagaan, Yang Esa turunkan ujian.. menjadi seorang yang amat kerdil.. mungkin dugaan ini yang akan mematangkan kita.

5. Inilah dugaan saya.. mengharungi dunia perniagaan tanpa bantuan dari sesiapa... Inilah jalan hidup yang saya pilih, keluar dari zon selesa.. dari bilik berhawa dingin.. mencari sesuatu yang masih tak pasti iaitu "KEPUASAN DIRI"

5. Mungkin dugaan ini untuk si kerdil ini menilai kembali kesilapan lalu yang telah dilakukan atau masih belum waktu untuk si kerdil ini menerima rezeki yang terindah dari Yang Esa.

6. Duhai hati.. sabarlah.. Duhai Jiwa Tenanglah.. "Moga esok akan ada sinar bagi insan yang tabah menghadapi dugaan mendatang". Insyallah

 

Ikhlas
Lily Syafika

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts